"2021 BUDGET PROPOSALS"
Seminar Percukaian Kebangsaan 2020 menawarkan peluang kepada anda untuk mengemaskini pengetahuan dan mendapatkan informasi
terbaharu berkenaan Belanjawan 2021. Sertai kami dan bersama-sama mengupas serta mempelajari lebih lanjut tentang perubahan-perubahan terkini dalam layanan cukai melalui penceramah dan ahli panel berpengalaman.
Orang ramai dan pengamal professional seperti akauntan, ajen cukai, pengamal percukaian dan pembayar cukai disaran untuk tidak melepaskan peluang menyertai acara tahunan ini.
PESERTA SASARAN
Pengamal Percukaian | Peguam Bela & Peguam Cara | Juru Audit | Penasihat Cukai |
Pemilik Perniagaan | Perunding Kewangan | Ejen Cukai | Setiausaha Syarikat |
Pensyarah / Ahli Akademik | Akauntan | Pengurusan Syarikat | Lain-lain pihak yang berminat |
HRDF BOLEH DITUNTUT
Pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah membenarkan majikan berdaftar dengan PSMB untuk menuntut kos latihan untuk Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2020. Majikan berdaftar yang berminat hanya perlu memilih “Non-registered Training Provider – Government” bila melakukan permohonan geran latihan. Walau bagaimanapun, mana-mana majikan berdaftar dengan PSMB hanya dibenarkan menghantar maksima 9 orang peserta ke mana-mana sesi seminar dalam talian. Muat turun Pekeliling Majikan No. 6/2020 dari laman web PSMB.
SIJIL PENYERTAAN
Setiap peserta berdaftar yang menyertai sesi webinar dengan jayanya layak untuk menerima
e-sijil penyertaan dalam tempoh 2 minggu selepas sesi seminar terakhir berlangsung.
POLISI PENGGANTIAN DAN PEMBATALAN
Tiada pengembalian wang untuk pembatalan atau penarikan diri daripada menyertai seminar ini. Penggantian peserta boleh
dilakukan selewat-lewatnya
3 hari sebelum seminar berlangsung tanpa sebarang bayaran tambahan. Sebarang notis pembatalan
penyertaan atau penggantian peserta
hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak Sekretariat SPK 2020 melalui e-mel rasmi spkhasil@hasil.gov.my.
SESI
Peringatan : Pihak sekretariat berhak menukarkan peserta ke sesi selain pilihan sekiranya tidak menerima bayaran sebelum tarikh akhir.
Sesi | Tarikh | Pengerusi | Penceramah | Ahli Panel | Yuran Penyertaan | Tarikh Akhir Bayaran | Baki Slot Yang Tinggal |
---|---|---|---|---|---|---|---|
FASA SATU | |||||||
1 | 12/11/2020 | Encik MA Sivanesan Setiausaha Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia |
Datuk Noor Azian Abd Hamid Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) |
Puan Farah Rosley Presiden Chartered Tax Institute of Malaysia |
RM 180.00 | 09/11/2020 | ![]() |
2 | 16/11/2020 | Datuk Mohd Nizom Sairi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) |
Encik Abu Tariq Jamaluddin Pengarah Jabatan Undang-Undang |
Dr. Mohd Fairuz A. Razak Ahli Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia |
RM 180.00 | 12/11/2020 | ![]() |
3 | 17/11/2020 | Datuk Mohd Jaafar Embong Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) |
Puan Salamatunnajan Besah Pengarah Jabatan Dasar Percukaian |
Encik Chow Chee Yen Timbalan Presiden Chartered Tax Institute of Malaysia |
RM 180.00 | 12/11/2020 | ![]() |
FASA DUA | |||||||
4 | 18/11/2020 | Puan Wan Ramiza Wan Ghazali Pengarah Cawangan Industri Khas |
Dr. Hazlina Hussain Pengarah Bahagian Rayuan Khas, Jabatan Undang-Undang |
Dr. Nasuha Nordin Unit Teknikal Cukai Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia |
RM 180.00 | 16/11/2020 | ![]() |
5 | 19/11/2020 | Puan Amnah Tawil Pengarah Negeri Selangor |
Puan Zaleha Adam Pengarah Bahagian Gubalan & Advisori Perundangan, Jabatan Undang-Undang |
Encik Thenesh Kannaa Ahli Majlis Chartered Tax Institute of Malaysia |
RM 180.00 | 16/11/2020 | ![]() |
6 | 23/11/2020 | Dr. Nik Abdullah Sani Nik Mohamed Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Besar |
Cik Norfaidah Daud Pengarah Bahagian Konsultasi Perkilangan, Perdagangan & Pertanian, Jabatan Dasar Percukaian |
Encik Mohammed Faisal Syed Ibrahim Ahli Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia |
RM 180.00 | 19/11/2020 | ![]() |
ATUR CARA PROGRAM
8.00 Pagi | Pendaftaran Peserta | ||||||||||
9.00 Pagi | Ucaptama Perasmian YBhg. Dato' Sri Dr. Sabin bin Samitah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) |
||||||||||
9.30 Pagi | Pembentangan "2021 BUDGET PROPOSALS" - Bahagian I | ||||||||||
10.00 Pagi | Pembentangan "2021 BUDGET PROPOSALS" - Bahagian II | ||||||||||
10.30 Pagi | Pembentangan "2021 BUDGET PROPOSALS" - Bahagian III | ||||||||||
11.30 Pagi | Sesi Panel Dan Sesi Soal Jawab
|
||||||||||
1.00 T/hari | Seminar Tamat |
Cara sertai webinar :
PENAFIAN : Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan atau mengubah tarikh seminar disebabkan perkara dan keadaan-keadaan luar jangka tanpa membuat sebarang pemakluman awal kepada peserta.