- Pendaftaran SIRI 1 dibuka sehingga 10 Oktober 2025
Sila klik di sini
Seminar Percukaian Kebangsaan 2025 bukan sahaja menawarkan peluang kepada anda untuk mengemaskini, meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan informasi terkini berkenaan Belanjawan 2026, tetapi turut berkongsi informasi mutakhir Isu Percukaian Semasa. Sertai kami dan bersama-sama mengupas serta mempelajari lebih lanjut tentang perubahan dalam layanan cukai melalui penceramah dan ahli panel yang profesional serta berpengalaman. Orang ramai dan pengamal profesional seperti akauntan, ejen cukai, pengamal percukaian, ahli akademik serta pembayar cukai adalah disarankan untuk menyertai acara tahunan ini.
Majikan berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) boleh memohon geran latihan melalui sistem e-TRiS. Majikan berdaftar yang berminat perlu memilih ‘Non-Registered Training Provider Details – Government’ di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) semasa membuat permohonan geran latihan. Kelulusan geran latihan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh HRD Corp.
Setiap peserta berdaftar yang menyertai sesi seminar dengan jayanya layak untuk menerima e-Sijil penyertaan selepas 7 hari bekerja dari tarikh seminar berlangsung.
Sijil Penyertaan yang telah dikeluarkan dianggap muktamad sekiranya pihak kami tidak menerima sebarang permohonan pindaan dalam tempoh 40 hari selepas seminar berlangsung.
PENAFIAN: Pihak Penganjur berhak membuat sebarang perubahan atau mengubah tarikh seminar disebabkan perkara dan keadaan-keadaan luar jangka tanpa membuat sebarang pemakluman awal kepada peserta.
Tiada pengembalian wang untuk pembatalan atau penarikan diri daripada menyertai seminar ini. Penggantian peserta boleh dilakukan selewat-lewatnya 3 hari sebelum seminar berlangsung. Sebarang notis pembatalan penyertaan atau penggantian peserta hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak Sekretariat SPK 2025 melalui e-mel rasmi spkhasil@hasil.gov.my.
Bayaran balik hanya akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja selepas selesai siri terakhir seminar. Kos pengurusan akan dikenakan sebanyak RM5.00.
PERINGATAN: Pihak sekretariat berhak menukarkan peserta ke sesi selain pilihan sekiranya tidak menerima bayaran sebelum tarikh akhir.
Pendaftaran / Log masuk ke pautan
Sesi Bermula Ucapan Perasmian YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin Ketua Pegawai Eksekutif HASiL
TOPIK 1 : "CADANGAN BELANJAWAN 2026"
Pengerusi : Kementerian Kewangan Malaysia/HASiL
Penceramah : Jawatankuasa Kerja Penggubalan Rang Undang-Undang Kewangan
Ahli Panel : Badan Profesional / Pengamal Percukaian
Rehat
Sambungan Pembentangan TOPIK 1
Sesi Soal Jawab
Selesai / Rehat
TOPIK 2: "E-INVOIS: PERSEDIAAN STRATEGIK KE ARAH PEMATUHAN MANDATORI"
Penceramah : HASiL
Sesi Panel & Soal Jawab
TOPIK 3: "TRANSFORMASI DIGITAL SISTEM TAKSIR SENDIRI CKHT & DUTI SETEM"
Tamat
*Nota: Tertakluk kepada pindaan
(PENTING: Pastikan anda mendaftar emel yang betul untuk mengelakkan kegagalan menerima pautan webinar)
(PENTING: Pastikan anda mendaftar e-mel yang betul untuk mengelakkan kegagalan menerima pautan webinar)
*wakil - setiausaha/pegawai admin/peserta
PERTANYAAN AM: spkhasil@hasil.gov.my